Tuesday, February 20, 2007

Andai perempuan tahu.....

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU…SEBENARNYA…
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..
15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

Saturday, February 10, 2007

Alhamdulillah

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN) Surat ke 1 : 7 ayat JUZ 1
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) 2. Segala puji (2)(3) 3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, 4. Yang menguasai (4) hari pembalasan (5) 5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah (6) dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (7) 6. Tunjukilah kami (8) jalan yang lurus, 7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni‘mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (orang-orang yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (orang-orang yang meninggalkan kebenaran karena ketidaktahuan dan kejahilan). (9)

Alhamdulillah saya sudah boleh membacanya dengan agak baik.Terima kasih yang tak terhingga pada sahabat yang sudi mengajar aku tanpa jemu jemu:D.Allah memberkati kalian.
Cuma di harapkan kalian tidak terasa terbeban dengan kehadiran ku di sisi kalian:)
bagi Allah, Tuhan semesta alam

Jatuh cinta

Orang yang sedang jatuh cinta logikanya selalu terbalik, yang berat terasa ringan, yang sebentar terasa lama dan yang lama terasa sebentar. Begitupun orang yang cinta kepada Allah SWT, ia merasa ringan beribadah, rindu baitullah, nikmat membaca al Qur’an, dan bahkan menyongsong kematian dengan tersenyum.
Ciri cinta sejati ada tiga ;
lebih suka berduaan dengan yang dcintai daripada dengan yang lain,
lebih suka berbicara dengan yang dicintai daripada dengan yang lain, dan
lebih suka mengikuti kehendak orang yang dicintai daripada kehendak sendiri atau kehendak orang lain. Orang yang sedang jatuh cinta cenderung sering menyebut nama dia yang dicintai, dan bahkan merasa nikmat diperbudak olehnya Doa orang yang cinta kepada Sang Khaliq antara lain :
Allohumma rohmataka arju fala takilni ila nafsi thorfata `ainin ya arhama ar rahimin.
Ya Allah, hanya kasih sayang Mu yang kudambakan, jangan Engkau biarkan aku menentukan sendiri kemauanku, walau hanya sekejap mata, wahai Tuhan kekasihku.