alyasblog


Friday, May 11, 2007

Ketahui lah lelaki

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

Tuesday, April 24, 2007

oh tuhan


satu demi satu ujian menimpa dan
apakah akan ada sinar baru yang menanti.:((
Aku jadi hilang arah dengan semua ini.
tapi alhamdulillah,kalian masih sudi menemani ku
tak pernah terduga aku mempunyai sahabat spt kalian,
cukup mengerti dan memahami diriku.
tidak jemu jemu memberi nasihat yang berguna
dan cukup teramat sabar dengan kerenahku
kalian berdua,aku bangga mempunyai kalian,alhamdulillah

Saturday, April 21, 2007

Ciri ciri suami pilihan

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.

Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang
kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina
Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia
pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan
tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga
tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak
mengamalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya
tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.












Wednesday, April 18, 2007

Cinta dan kawan

Di suatu hari yang indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.

Kenapa? Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !

Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa? Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia. Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI

Sunday, April 15, 2007

sikap lelaki

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan. Berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau. Ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah. Sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda. Kalau reda pun, mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.

Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anda kelam-kabut. Maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran. Berbeza wanita, biasanya cukup risau dalam keadaan demikian.

Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian. Sebab semulajadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda yang suka dan berasa tenang bersama keluarga.

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH SWT. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita. Agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan dan lengkap melengkapi.

Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan. Sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Maka itu, usah hairan. Terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutirpun airmata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.

Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini. Lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua. Maka, gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.

Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya. Itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter, bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter. Hamburkan semua yang menekan kepala.

Cuma, mohon berleter di dalam bilik yang tertutup. Sebab kucing pun pening dengan leteran anda. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.

Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Thursday, April 12, 2007

alangkah bahagia,,andai

mamaaaaaa.................

Tuesday, April 10, 2007

Kawan baik




(Istimewa untuk 2 sahabatku yang berkawan baik)
baca ya:
font ni agak besar senang bagi yang pakai "glasses" untuk membacanya;))





Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.





p/s semuga kalian berdua akan menjadi kawan baik sampai bila bila,ameen...
dan saya amat mengkagumi cara kalian berdua


merajuk dan berkecil hati adalah perkara biasa dalam persahabatan tapi
kalian berdua pandai menangani nya supaya ia tidak menjadi batu penghalang
dalam persahabatan  kalian..teruskan........