Friday, May 11, 2007

Ketahui lah lelaki

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

Tuesday, April 24, 2007

oh tuhan


satu demi satu ujian menimpa dan
apakah akan ada sinar baru yang menanti.:((
Aku jadi hilang arah dengan semua ini.
tapi alhamdulillah,kalian masih sudi menemani ku
tak pernah terduga aku mempunyai sahabat spt kalian,
cukup mengerti dan memahami diriku.
tidak jemu jemu memberi nasihat yang berguna
dan cukup teramat sabar dengan kerenahku
kalian berdua,aku bangga mempunyai kalian,alhamdulillah

Saturday, April 21, 2007

Ciri ciri suami pilihan

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.

Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang
kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina
Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia
pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan
tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga
tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak
mengamalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya
tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.












Wednesday, April 18, 2007

Cinta dan kawan

Di suatu hari yang indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.

Kenapa? Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !

Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa? Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia. Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI

Sunday, April 15, 2007

sikap lelaki

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan. Berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau. Ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah. Sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda. Kalau reda pun, mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.

Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anda kelam-kabut. Maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran. Berbeza wanita, biasanya cukup risau dalam keadaan demikian.

Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian. Sebab semulajadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda yang suka dan berasa tenang bersama keluarga.

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH SWT. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita. Agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan dan lengkap melengkapi.

Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan. Sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Maka itu, usah hairan. Terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutirpun airmata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.

Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini. Lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua. Maka, gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.

Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya. Itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter, bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter. Hamburkan semua yang menekan kepala.

Cuma, mohon berleter di dalam bilik yang tertutup. Sebab kucing pun pening dengan leteran anda. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.

Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Thursday, April 12, 2007

alangkah bahagia,,andai

mamaaaaaa.................

Tuesday, April 10, 2007

Kawan baik




(Istimewa untuk 2 sahabatku yang berkawan baik)
baca ya:
font ni agak besar senang bagi yang pakai "glasses" untuk membacanya;))





Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.





p/s semuga kalian berdua akan menjadi kawan baik sampai bila bila,ameen...
dan saya amat mengkagumi cara kalian berdua


merajuk dan berkecil hati adalah perkara biasa dalam persahabatan tapi
kalian berdua pandai menangani nya supaya ia tidak menjadi batu penghalang
dalam persahabatan  kalian..teruskan........









Monday, April 9, 2007

Doa untuk kekasih

Kekasih sejati,teman yang berbudi,kasihnya bukan keterpaksaan...
Terimalah dia apa adanya.Kerana dengan itu kau akan merasa tenteram dan tenang.
Doakan dia di solat malammu.Semoga nuraninya tenang dan jiwanya teguh seteguh jiwamu.
Jika dia tersalah,kau bantulah dia untuk mencari kembali jalan yang betul.
Walaupun kau jauh darinya dan kau tidak tahu untuk mengungkapkan kata kata yang betul
untuk menunjukkan rasa hatimu, cubalah kau ungkapkannya dengan doa.
Moga ia sampai ke dasar hatinya. Anggaplah ia sebagai bicara hatimu yang tulus,
walaupun dia tidak mendengarnya.... Semoga kau memahami...


diambil dari "ahlanwasahlan"

Wednesday, March 28, 2007

Are you in love with someone

When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around, you might look around to find them.
At that moment, you are in love

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long back, to
let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the
messages in your answering machine because of one message
from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", but you
realize that you can not avoid that person's special attraction. At that
moment, you are in love.

While you are reading this page, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person.

Tuesday, March 27, 2007

Read this

Your LOVE NUMBER is 1 if yourbirthdate falls on: 1st, 10th, 19th and 28th
Your LOVE NUMBER is 2 if your birthdate falls on: 2nd, 11th, 20th and 29th
Your LOVE NUMBER is 3 if your birthdate falls on: 3rd, 12th, 21st and 30th
Your LOVE NUMBER is 4 if your birthdate falls on: 4th, 13th, 22nd and 31st
Your LOVE NUMBER is 5 if your birthdate falls on: 5th, 14th and 23rd
Your LOVE NUMBER is 6 if your birthdate falls on: 6th, 15th and 24th
Your LOVE NUMBER is 7 if your birthdate falls on: 7th, 16th and 25th
Your LOVE NUMBER is 8 if your birthdate falls on: 8th, 17th and 26th
Your LOVE NUMBER is 9 if your birthdate falls on: 9th, 18th and 27th

Here is what your LOVE NUMBER says about you...
1. You are affectionate and passionate.At times, however, your strong personality can be a bit overpowering,scaring off potential suitors! Try to curb that intensity every now and then and you may get a chance to findMr./masa. Right.
2. You are described as ideal partner,loving and romantic. In fact, one ofyour life's priority goals is to findthe love of your life. But remember tokeep it real, too or else, no guy outthere will ever meet your expectations.
3. Attractive, imaginative, outgoing,loyal and generous too. You have many admirers but you definitely don't run out of admirers. Just be careful of those who will take advantage of your kind nature.
4. You fall in and out of love soeasily. Could it be because you often mistake infatuation for the realthing? Resist being impulsive when itcomes to love and take your time to know the guy.
5.You go from one emotion to another so fast and so often, it's hard to keep track! but your intelligent. You are also bold and daring, and you enjoy the finer things in life.
6. You are the charmer but you can alsobe warm and nurturing. But beware of the green-eyed monster in you. Your needs or affection can make you clingy. And one more thing, stop goingafter unavailable guys!
7. Your a deep thinker who happens tobe romantic, gentle and sensitive. Seek someone who will love you as much as you love him, someone just as tenderand generous. Be careful of those who will take advantage of your idealistic nature.
8. You are sophisticated and at thetop of your game. Being confident,independent and very successful inyour career,.Some may see you as coldand detached. But, when you find theright guy, you can be quite passionate.
9. Creative, intuitive and imaginative,these three words describe you best.You are also quite impulsive when itcomes to love, making your lovelife unpredictable. You are also passionate and loyal.

Kenali sifat kamu

Tahukah anda bahawa tarikh lahir anda juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir anda serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti anda akan mengenali diri anda dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING 01 - 05 Februari 24 - 31 Mac 25 - 30 Jun 27 - 31 Julai 15 - 27 September 17 - 30 November
TIKUS 10 - 24 Januari 16 - 23 Mac 15 - 26 April 01 - 03 Jun 01 - 09 Julai 16 - 25 Ogos
ARNAB 01 - 09 Januari 01 - 03 April 15 - 20 Jun 10 - 15 Julai 28 - 30 September 01 - 16 Disember
SINGA 25 - 31 Januari 13 - 15 Mac 22 - 31 Mei 01 - 16 November
MERPATI 06 - 14 Februari 14 - 21 Mei 16 - 26 Julai 01 - 14 September 26 - 31 Disember
PENYU 15 - 21 Februari 27 - 30 April 04 - 14 Jun 26 - 31 Ogos 16 - 27 Oktober
MONYET 01 - 12 Mac 01 - 13 Mei 21 - 24 Jun 01 - 15 Ogos 01 - 15 Oktober 17 - 25 Disember HARIMAU KUMBANG 22 - 28 Februari 04 - 14 April 28 - 31 Oktober

ARNAB Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS 'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki

Tuesday, March 20, 2007

Buat teruna dan suami :D

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown

kemana hala nak dituju

merenung jauh tentang kehidupan masa kini dan akan datang

Saturday, March 10, 2007

CIRI CIRI WANITA MENJADI BURUAN LELAKI

1. kecantikan dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya
tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu tinggi dan agung
merantai dirinya.Mereka sesekali tidak menjual maruah dirinya untuk mencari
nama dan wang sementara.
2. Keanak anakan/manja
Sifat semulajadi lelaki suka membela,menjaga,membimbing dan melindungi
Jestru itu lelaki memang sukakan sifat kemanjaan dan keanak-anakan seseorang
wanita supaya mereka boleh berperanan sebagai pelindung kepada mereka.
Namun sifat keanak anakan yang melampau tidak sesuai dan boleh menampakkan
wanita itu seperti kurang matang
3. Cantik
Kecantikan dan wanita memang sesuatu yang sejajar dan diakui oleh semua
manusia. Wanita akan nampak lebih cantik jika bijak menguruskan penampilan
diri. Namun kecantikan dan penampilan diri biarlah bersesuaian dengan lunas
dan syaria islam
4. Berakhlak mulia
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan adalah wanita yang solehah"
wanita solehah memainkan peranan sebagai
i. Sebagai ibu terukir di paparan dada
ii. Sebagai isteri pengubat duka nan lara
iii. Sebagai kekasih dirindui saban ketika
iv. Sebagai mujahidah berdiri teguh di belakang seorang mujahidin

wah, lelaki suka sifat sifat sebegitu ya;))

Friday, March 9, 2007

CINTA SEORANG LELAKI (terimakasih kerana menyayangi ku)

Cinta Seorang Lelaki.
Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

TIPS MENCARI BAKAL ISTERI

1)Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik.
2)Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
3)Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja.
4) Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
5)Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan kecundang beberapa hari saja.-
6)Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita.
7)Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya.
Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali.
8)Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun.
Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.
9)Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas
10)Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

SIKAP PEREMPUAN YANG PATUT LELAKI TAHU

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.

Monday, March 5, 2007

Tuesday, February 20, 2007

Andai perempuan tahu.....

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU…SEBENARNYA…
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..
15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

Saturday, February 10, 2007

Alhamdulillah

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN) Surat ke 1 : 7 ayat JUZ 1
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) 2. Segala puji (2)(3) 3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, 4. Yang menguasai (4) hari pembalasan (5) 5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah (6) dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (7) 6. Tunjukilah kami (8) jalan yang lurus, 7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni‘mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (orang-orang yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (orang-orang yang meninggalkan kebenaran karena ketidaktahuan dan kejahilan). (9)

Alhamdulillah saya sudah boleh membacanya dengan agak baik.Terima kasih yang tak terhingga pada sahabat yang sudi mengajar aku tanpa jemu jemu:D.Allah memberkati kalian.
Cuma di harapkan kalian tidak terasa terbeban dengan kehadiran ku di sisi kalian:)
bagi Allah, Tuhan semesta alam

Jatuh cinta

Orang yang sedang jatuh cinta logikanya selalu terbalik, yang berat terasa ringan, yang sebentar terasa lama dan yang lama terasa sebentar. Begitupun orang yang cinta kepada Allah SWT, ia merasa ringan beribadah, rindu baitullah, nikmat membaca al Qur’an, dan bahkan menyongsong kematian dengan tersenyum.
Ciri cinta sejati ada tiga ;
lebih suka berduaan dengan yang dcintai daripada dengan yang lain,
lebih suka berbicara dengan yang dicintai daripada dengan yang lain, dan
lebih suka mengikuti kehendak orang yang dicintai daripada kehendak sendiri atau kehendak orang lain. Orang yang sedang jatuh cinta cenderung sering menyebut nama dia yang dicintai, dan bahkan merasa nikmat diperbudak olehnya Doa orang yang cinta kepada Sang Khaliq antara lain :
Allohumma rohmataka arju fala takilni ila nafsi thorfata `ainin ya arhama ar rahimin.
Ya Allah, hanya kasih sayang Mu yang kudambakan, jangan Engkau biarkan aku menentukan sendiri kemauanku, walau hanya sekejap mata, wahai Tuhan kekasihku.

Sunday, January 28, 2007

assalamualaykum wr.wb

Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku berjaya membuat blog sendiri. Timbul perasaan untuk mendapatkan blog sendiri bila melihat blog 2 sahabat yang amat ku sayangi.( semuga Allah mempereratkan tali silaturahim antara kami sampai bila bila)
Dulu aku jarang online tapi semuanya berubah bila satu hari aku masuk konferen. Bersyukur tak terkira kerana aku dapat bertemu dengan seorang gadis yang begitu baik dan seorang pemuda yang sabar dan baik hati. Kedua kalian amat ku sayangi:)